Saturday 9 March 2013

Penyebatian kem.berfikir dalam muzik

LAGU RAKYAT TEMPATAN
Anaklah ikanlah ikan dimakan ikan, Anaklah ikanlah ikan dimakan ikan, Ikanlah kecil tulangnya banyak tulangnya, Ikanlah kecil tulangnya banyak tulangnya. Marilah kitalah kita bersuka-ria, Marilah kitalah kita bersuka-ria, Sambil menyanyi menyanyi gelak ketawa, Sambil menyanyi menyanyi gelak ketawa.
Rancangan Pengajaran Harian Masa : 1 jam Tahun : 4 Bidang : Nyanyian Konsep : 1.1.Irama 1.1.2.Tempo - ansur lambat - ansur cepat Objektif :Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid boleh : a). Mengenalpasti tempo lagu yang diperdengarkan dengan betul. b).Membanding beza lagu yang berlainan tempo. Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah menyanyikan lagu rakyat “Anak Ikan”. Kemahiran Berfikir: a).Menjana idea. b).Membuat banding beza. c).Membuat gambaran mental. Alat Bantuan Mengajar: Radio, Cakera Padat, Anak Ikan. Langkah / Masa Isi kandungan Aktviti Pengajaran Pembelajaran Catatan / ABM Set Induksi Murid menyebut beberapa jenis ikan yang diketahui. Murid mengemukakan idea dengan menyebut beberapa jenis ikan yang diketahui. Contoh : ikan emas, ikan kaloi, ikan kelisa dan lain-lain lagi. Kad gambar. Langkah 1 Menyebut lirik lagu rakyat “Anak Ikan” secara urutan dengan sebutan yang betul. Guru membimbing murid-murid membaca lirik lagu dengan betul, terang dan jelas. Radio. Cakera Padat Carta lagu “Anak Ikan” Langkah 2 Menyanyi lagu “Anak Ikan” dengan sebutan yang betul dan mengimaginasikan. Murid menyanyi lagu “Anak Ikan” dengan sebutan yang betul diiringi alunan muzik. Radio Cakera Padat Carta lagu “Anak Ikan” Langkah 3 Perubahan tempo dan membanding bezakan: - ansur cepat . - ansur lambat. Guru membimbing murid menyanyi mengikut tempo ansur cepat dan ansur lambat. Murid membanding bezakan tempo lagu yang dperdengarkan Radio Cakera Padat Carta lagu “Anak Ikan” Langkah 4 Membuat gerakan kreatif berdasarkan tempo ansur cepat dan ansur lambat. Guru menunjukkan dua cara berjalan iaitu cepat dan lambat Seterusnya murid melakukan aktiviti cara berjalan cepat dan lambat. Langkah 5 Aktiviti berkumpulan: Murid mereka cipta gerakan kreatif bagi menunjukkkan tempo ansur cepat dan lambat. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Murid-murid dikehendaki mereka cipta gerakan kreatif bagi menunjukkan tempo ansur cepat dan lambat Kumpulan 1: Menyanyi sambil membuat gerakan kreatif dengan ansur cepat. Kumpulan 2: Menyanyi sambil membuat gerakan keratif dengan ansur lambat. Guru membuat penilaian. Radio. Cakera Padat. Penutup Murid mengumpul dan mengelas nama haiwan yang berjalan cepat dan lambat Murid menyenaraikan nama haiwan yang berjalan cepat dan lambat di lembaran kerja. Refleksi: Murid dapat membezakan perubahan tempo ansur cepat dan ansur lambat. Murid dapat menghasilkan idea yang kreatif dalam kumpulan masing-masing. Berfikir bermaksud menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut Mohd Azhar (2006), berfikir adalah suatu perubahan atau tindakan yang berlaku dalam minda seseorang. Vincent Ryan Ruggiero (2004), dengan bukunya yang bertajuk “The Ary Of Thingking” telah mendifinisikan bahawa berfikir sebagai sebarang aktiviti mental yang begitu aktif dalam membuat kesimpulan atau menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan berkeinginan untuk memahami sesuatu perkara. Menurut Kamus Dewan (1998), bahawa istilah berfikir adalah daripada kata dasar fikir yang bermaksud ingatan, anggapan, sangkaan dan akal. Berfikir adalah aktiviti minda yang digunakan bagi menyelesaikan masalah,membuat keputusan dalam sesuatu masalah berdasarkan maklumat dan pengalaman sedia ada dalam kehidupan sehairan. Selain itu berfikir juga digunakan untuk mencari makna, pemahaman terhadap sesuatu, penerokaan atau membuat pertimbangan dalam membuat sebarang keputusan. Kemahiran berfikir bergantung kepada seseorang individu dalam mengendalikan potensi kecerdasan otaknya. Menurut Chaffee (1988), pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Manakala Mayer (1977) pula, melihat pemikiran sebagai melibatkan pegelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang dengan tujuan menyelesaiakan masalah. Swartz dan Perkin (1994), satu kecekapan yang menyumbang kepada sesuatu pemikiran. Proses menggunakkan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat peritmbangan dalam mebuat keputusan san menyelesaikan masalah (Som dan Dahalan, 2000). Menurut Mayer (1983), kemahiran berfikir adalah kemahiran ,mengolah operasi mental yang merangkumi pengetahuan, pengamatan dan penghasilan sesuatu. Manakala Dewey (1933), pula berpendapat kemahiran berfikir adalah suatu aktiviti mengawal, menguasai dan menyesuaikan diri pada persekitaran yang sukar. Ainon dan Abdullah (1994), pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan kebolehan individu untuk menggunakan maklumat bagi pelbagai kegiatan aktif. Kemahiran berfikir juga bukan sekadar melibatkan penyelesaian masalah tetapi melibatkan pencarian masalah dan penerokaan peluang-peluang yang baru( De Bono, 1976). Ia juga boleh digilap, diasuh dalam melalui pembelajaran dan pengalaman. Individu yang menguasai kemahiran berfikir ini adalah individu yang mempunyai minda yang bijak dalam menguruskan diri tanpa menunggu arahan dari individu lain. Menurut Maimunah (2004), kemahiran berfikir merupakan satu disiplin ilmu yang boleh dipelajari dan diamalkan sehingga membentuk kebiasaan atau pengalaman. Kemahiran berfikir perlu disebatikan dalam semua matapelajaran begitu juga dengan matapelajaran muzik. Peranan guru amat penting dalam menyebatikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran yang di ajar kepada murid-murid. Ketiadaan proses penyebatiaan menyebabkan sesuatu pengajaran menjadi tidak efektif, bosan dan tidak menarik minat murid. Semua murid mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza, maka dengan penyebatian ini dapat mengesan murid sama ada dari segi kreativiti ataupun gaya pembelajarannya. Menurut Abd Rahim (1996), penyebatian adalah merupakan pengajaran mengarah cara murid berfikir dengan lebih eksplisit serta memberi kesan yang amat mendalam kepada mereka. Ia juga memberi pendedahan kepada murid supaya lebih terbuka untuk menilai pemikiran yang baik. Lebih banyak pengajaran berfikir dikaitkan dalam isi kandungan pelajaran dan murid akan lebih memikirkan tentang apa yang dipelajari. Contohnya dalam matapelajaran muzik, murid dikehendaki menbuat pergerakan kreatif dalam persembahan. Di sini murid akan mencari idea agar persembahan yang ingin dilakukan dapat menarik minat guru dan rakan-rakannya. Persembahan yang paling menarik di antara rakan-rakannya yang lain akan mendapat pujian dan ganjaran dari guru. Pelbagai cara berjalan bagi ansur cepat dan lambat. Kreativiti murid-murid dapat menjadikan persembahan itu menjadi lebih menarik. Penyebatian kemahiran berfikir penting dalam proses kehidupan seseorang murid. Antara kepentingan penyebatian kemahiran berfikir ialah murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara praktik sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Guru matapelajaran muzik juga harus mempunyai pelbagai jenis pengetahuan, kemahiran pedagogi dan bijak mengatur perancangan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti di dalam atau di luar kelas bagi menarik minat murid-murid dalam proses pembelajaran. Menurut Bereiter & Scardamalia, 1987 dalam N.S. Rajendran (2001), menjelaskan bahawa pengajaran kemahiran berfikir memerlukan suasana bilik darjah yang memberangsangkan murid-murid supaya turut serta dalam keseluruhan proses pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru akan mengajar kemahiran secara eskplisit, menyebatikan pengajaran dalam kandungan pelajaran muzik kepada murid-murid. Guru juga akan mengadakan perbincangan bersama murid-murid berkenaan kemahiran yang perlu digunakan dalam proses berfikir dan seterusnya berusaha meningkatkan cara pemikiran murid dalam proses pembelajarnnya. Murid juga akan dibimbing cara pemikiran yang bijak sambil mempelajari fakta, konsep dan kemahiran yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran muzik. Guru juga akan menbuat penilaian setiap kali selepas proses pengajaran bagi menilai murid sejauh mana pemikiran murid dapat berfikir dengan bijak. Contohnya murid dikehendaki mengumpul dan mengelaskan haiwan yang berjalan cepat dan lambat. Di sini murid-murid perlu melalui proses pemikiran samada kritis atau pemikiran kritis. Kamus Dewan (1994), kritis sebagai tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu ( menimbang baik atau buruk) bersifat mengkritik iaitu tidak menerima bulat-bulat apa yang diterima. Manakala pemikiran kritis pula bermaksud kebolehan mencipta, menghasil dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli dengan kata lain kemampuan mencipta sesuatu yang baru. Selain itu, penyebatian ini juga dapat memberi latihan kepada murid-murid supaya dapat berfikir secara kritis dan kreatif dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. Mengembangkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar adalah merupakan salah satu tujuan penting pendidikan sama ada pada peringkat sekolah rendah mahu pun peringkat sekolah menengah. Seseorang boleh berfikir dengan baik akan melahirkan pandangan yang bernas, dapat menghasilkan karya dan ciptaan yang bermutu ataupun dapat menyelesaikan masalah dengan berkesan (Asas KBSR II,1992). Penyebatian kemahiran berfikir perlu ada dalam semua matapelajaran. Ia mendedahkan murid kepada pelbagai jenis akiviti yang dapat menarik minat murid untuk meneruskan pembelajarannya. Contohnya merekacipta secara kreatif dalam rancangan pengajaran harian muzik. Aktiviti ini mendorong murid supaya bersama-sama berfikir dalam mencari idea bagi mempersembahankan satu persembahan yang menarik dan menyeronokkan. Menurut Vincent Ryan ruggiero (1991), berfikir adalah apa sahaja aktiviti mental yang membantu untuk memformulasi atau menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menyempurnakan sesuatu kemahan untuk memahami sesuatu iaitu mencari jawaan dan mendapatkan makna. Selain itu penyebatian kemahiran berfikir ini juga dapat menghasilkan idea yang kreatif dan inovatif. Susan Baum, Julie Viens dan Barbara Slatin (2005),telah membuat pelbagai pemerhatian yang menarik dalam perkembangan kreativiti kanak-kanak. Beliau mendapati bahawa kanak-kanak darjah dua bahawa sifat ingin tahu tidak pernah puas baginya. Kenapa dan bagaimana sesuatu benda itu berubah telah menjadi suatu persoalan untuk menerangkan kepada kanak-kanak darjah tiga dan empat. Ini kerana sifat ingin meneroka telah timbul pada tahap ini. Menurut Hassan Langgulung (1991), guru-guru harus mengenal ciri-ciri kreatif pada umur kanak-kanak agar mereka dapat mengajar dengan lebih baik lagi, mencipta hubungan baik dengan murid, merangsang murid-murid kearah potensi yang maksimum dan menyukai pekerjaannya yang lebih baik berbanding rakan-rakanya yang lain yang kurang tahu tentang ciri-ciri tersebut. Contohnya guru berkehendakkan murid-muridnya membuat imaginasi lagu “Anak Ayam”. Murid yang kreatif akan menghayati lagu tersebut dan seterusnya mengimagnasikan lagu tersebut seolah-olah seperti berkhayal. Menurut Chris Philpott & Gary Spruce dalam bukunya “Learning To Teach Music In The Secondary School” memberi kenyataan bahawa guru muzik itu percaya bahawa dengan adanya aktiviti kreatif, ia boleh menjana idea muzikal kepada diri murid, namun kebanyakan guru kurang pasti bagaimana mewujudkan suasana keratif dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya dalam rancangan pengajaran harian ,guru perlu menyelitkan aktiviti yang menyeronokkan dan menarik minat murid dalam pembelajarannya seperti melakukan aktiviti kumpulan dan menggalakka murid-murid menjana idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu penyebatian kemahiran berfikir juga dapat memaksimumkan penggunaan potensi otak kanan dan otak kiri yang seterusnya dengan mengoptimumkan pembelajaran mereka.

No comments:

Post a Comment